Memaparkan catatan dengan label Tahun 4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahun 4. Papar semua catatan

30 Julai 2015

Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Rangsangan

Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan seperti cahaya matahari, air, graviti dan sentuhan. Hanya bahagian tumbuhan yang tertentu seperti pucuk, daun, dan akar boleh bergerak balas terhadap rangsangan.

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP AIR

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air. Gerak balas ini membolehkan tumbuhan menyerap air yang mencukupi daripada tanah.
Akar anak benih bergerak balas terhadap air.

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP GRAVITI

Akar tumbuhan tumbuh ke arah graviti. Gerak balas akar terhadap graviti memastikan akar sentiasa tumbuh ke dalam tanah. Pertumbuhan akar jauh ke dalam tanah membantu tumbuhan mendapatkan air di dalam tanah.
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Pucuk tumbuhan tumbuh ke arah cahaya matahari. Pertumbuhan pucuk ke arah cahaya matahari memastikan tumbuhan mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
Pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP SENTUHAN

Sesetengah tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan. Contohnya, daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.
Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan

29 Julai 2015

KEPERLUAN ASAS HAIWAN

Haiwan mempunyai keperluan asas yang sama seperti manusia. Keperluan asas haiwan adalah makanan, air, udara, dan tempat berlindung.

Haiwan memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga untuk menjalani proses hidup, membantu mereka membesar, dan memperoleh haba untuk mengekalkan kepanasan badan. Haiwan akan mati jika tidak mendapat makanandalam tempoh yang lama.

Haiwan memerlukan air untuk mengawal suhu badan, menyingkirkan bahan buangan daripada badan, dan mengangkut zat makanan ke seluruh bahagian badan. Haiwan akan mati jika tidak mendapat air dalam tempoh yang lama.

Oksigen dalam udara diperlukan oleh haiwan untuk hidup. Apabila haiwan bernafas, oksigen dalam udara masuk ke dalam badannya. Tanpa udara, haiwan akan mati.

Tempat berlindung melindungi haiwan daripada panas matahari, hujan, dan bahaya. Tempat berlindung haiwan termasuklah sarang, gua, lubang pada pokok, dan lubang bawah tanah.

  
Sarang adalah tempat berlindung bagi burung.

Gua adalah tempat berlindung bagi harimau, beruang, serigala, dan kelawar.

Haiwan seperti tupai membuat lubang pada batang pokok sebagai tempat berlindung.

Tikus dan arnab tinggal di dalam lubang bawah tanah.



30 Jun 2015

Keperluan Asas Manusia


Keperluan Asas Manusia

  1. Semua hidupan mempunyai keperluan asas untuk hidup.
  2. Keperluan asas manusia adalah:
    1. makanan
    2. air
    3. udara
    4. tempat perlindungan
  3. Manusia akan mati jika tidak mendapat keperluan asas.
  4. Manusia memerlukan makanan untuk:
    1. mendapatkan tenaga
    2. membesar
    3. mengekalkan kesihatan dan membantu melawan penyakit
  5. Manusia memerlukan air untuk:
    1. mengawal suhu badan
    2. mengangkut zat makanan ke bahagian badan yang lain
    3. menyingkirkan bahan buangan dalam bentuk air kencing dan peluh
  6. Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
  7. Udara mengandungi oksigen dan manusia memerlukan oksigen untuk hidup.
  8. Manusia memerlukan tempat berlindung untuk melindungi diri daripada panas matahari, hujan, dan bahaya.
  9. Pada zaman purba, manusia tinggal di dalam gua atau pondok.

Manusia pada zaman purba berlindung di dalam gua

  1. Kini terdapat pelbagai jenis tempat berlindung seperti:
    1. banglo
    2. rumah teres
    3. rumah pangsa
    4. rumah panjang

Rumah pangsa


Rumah teres

[Latihan Objektif] Keperluan Asas Benda Hidup