29 Julai 2015

KEPERLUAN ASAS HAIWAN

Haiwan mempunyai keperluan asas yang sama seperti manusia. Keperluan asas haiwan adalah makanan, air, udara, dan tempat berlindung.

Haiwan memerlukan makanan untuk mendapatkan tenaga untuk menjalani proses hidup, membantu mereka membesar, dan memperoleh haba untuk mengekalkan kepanasan badan. Haiwan akan mati jika tidak mendapat makanandalam tempoh yang lama.

Haiwan memerlukan air untuk mengawal suhu badan, menyingkirkan bahan buangan daripada badan, dan mengangkut zat makanan ke seluruh bahagian badan. Haiwan akan mati jika tidak mendapat air dalam tempoh yang lama.

Oksigen dalam udara diperlukan oleh haiwan untuk hidup. Apabila haiwan bernafas, oksigen dalam udara masuk ke dalam badannya. Tanpa udara, haiwan akan mati.

Tempat berlindung melindungi haiwan daripada panas matahari, hujan, dan bahaya. Tempat berlindung haiwan termasuklah sarang, gua, lubang pada pokok, dan lubang bawah tanah.

  
Sarang adalah tempat berlindung bagi burung.

Gua adalah tempat berlindung bagi harimau, beruang, serigala, dan kelawar.

Haiwan seperti tupai membuat lubang pada batang pokok sebagai tempat berlindung.

Tikus dan arnab tinggal di dalam lubang bawah tanah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan