30 April 2016

Alexander Fleming

Sekiranya berlaku peperangan, beribu-ribu nyawa akan terkorban. Malah, tidak mustahil, berjuta-juta orang mungkin telah terbunuh. Mereka terbunuh bukan sahaja disebabkan oleh peluru dan bom, tetapi juga disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan dan penyakit.

      Oleh itu, jika sesiapa dapat menyelamatkan nyawa orang awam yang terbunuh dalam peperangan, orang-orang tersebut sudah tentu akan sangat dihormati.

      Semasa Perang Dunia Kedua dahulu, ada seorang saintis yang telah berjaya menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia. Beliau adalah Alexander Fleming.

      Alexander Fleming dilahirkan pada tahun 1881 di Scotland. Beliau adalah orang yang pertama berjaya menemui penisilin. Walaupun penemuan itu adalah secara kebetulan, tetapi Fleming telah memberikan jasa yang amat besar bagi manusia di seluruh dunia.

      Semasa Fleming membuat suatu eksperimen, spora kulat penisilin di udara telah jatuh di atas pinggan leper yang telah disalut dengan lapisan bakteria yang berbahaya. Selepas beberapa hari kemudian, dia mendapati kawasan sekitar penisilin tersebut bebas daripada bakteria berbahaya itu.

      Ini bermakna bahawa penisilin boleh membunuh bakteria.

      Semasa Perang Dunia Kedua, penisilin telah menyelamatkan banyak nyawa manusia. Penisilin digunakan sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria tanpa merosakkan sel-sel tubuh. Demikianlah penisilin yang telah berjaya menyelamatkan nyawa manusia. Bahkan, sampai saat ini, ianya masih digunakan dalam perubatan untuk mengubati berbagai jenis penyakit kulit dan penyakit lain.

    Fleming meninggal dunia pada tahun 1955. Namun, jasanya masih lagi diingati sepanjang zaman.

20 April 2016

Kemandirian Tumbuhan

Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya melalui pencaran benih dan buah. Biji benih dan buah tumbuhan dipencarkan oleh angin, air, haiwan dan mekanisme letupan. Buah dan biji benih mempunyai ciri-ciri khas yang membantu pencaran.

Pencaran oleh air

Contoh buah yang dipencarkan oleh air ialah kelapa, teratai dan pong-pong. Buah atau biji benih yang dipencarkan oleh air mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkannya terapung di atas air.


Buah
Ciri-ciri
Kelapa
Mempunyai kulit yang berlilin, mempunyai sabut yang memerangkap udara
Teratai & Pong-pong
Mempunyai kulit yang berlilin, mempunyai ruang udara

Kelapa
Pencaran oleh angin

Angsana, meranti, kapas dan lalang dipencarkan oleh angin.


Buah
Ciri-ciri
Angsana, meranti
Ringan, kecil, struktur seperti sayap
Kapas, lalang
Ringan, kecil, berbulu halus

Pencaran oleh haiwan

Rambutan, kemuncup dan semalu dipencarkan oleh haiwan.

Buah
Ciri-ciri
Durian, manga, rambutan, betik
Berwarna terang, berisi, boleh dimakan, berbau, biji keras
Kemuncup, semalu
Mempunyai cangkuk

Haiwan membantu pencaran biji benih dengan membawa buah atau biji benih pada badannya atau mengeluarkan biji benih bersama-sama najisnya.
Mangga

Kemuncup
Pencaran melalui mekanisme letupan

Pokok semarak api, getah dan keembung memencarkan biji benihnya melalui mekanisme letupan. Buah menjadi kering apabila masak dan biji benih tercampak jauh dari pokok induk apabila dinding buah pecah.

Getah
Keembung