Sekiranya berlaku peperangan, beribu-ribu nyawa akan terkorban. Malah, tidak mustahil, berjuta-juta orang mungkin telah terbunuh. Mereka terbunuh bukan sahaja disebabkan oleh peluru dan bom, tetapi juga disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan dan penyakit.
Oleh itu, jika sesiapa dapat menyelamatkan nyawa orang awam yang terbunuh dalam peperangan, orang-orang tersebut sudah tentu akan sangat dihormati.
Semasa Perang Dunia Kedua dahulu, ada seorang saintis yang telah berjaya menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia. Beliau adalah Alexander Fleming.
Alexander Fleming dilahirkan pada tahun 1881 di Scotland. Beliau adalah orang yang pertama berjaya menemui penisilin. Walaupun penemuan itu adalah secara kebetulan, tetapi Fleming telah memberikan jasa yang amat besar bagi manusia di seluruh dunia.
Semasa Fleming membuat suatu eksperimen, spora kulat penisilin di udara telah jatuh di atas pinggan leper yang telah disalut dengan lapisan bakteria yang berbahaya. Selepas beberapa hari kemudian, dia mendapati kawasan sekitar penisilin tersebut bebas daripada bakteria berbahaya itu.
Ini bermakna bahawa penisilin boleh membunuh bakteria.
Semasa Perang Dunia Kedua, penisilin telah menyelamatkan banyak nyawa manusia. Penisilin digunakan sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria tanpa merosakkan sel-sel tubuh. Demikianlah penisilin yang telah berjaya menyelamatkan nyawa manusia. Bahkan, sampai saat ini, ianya masih digunakan dalam perubatan untuk mengubati berbagai jenis penyakit kulit dan penyakit lain.
Fleming meninggal dunia pada tahun 1955. Namun, jasanya masih lagi diingati sepanjang zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan