05 Ogos 2015

Kemandirian Haiwan

Keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup walaupun diancam bahaya disebut kemandirian. Haiwan membiak untuk memastikan spesiesnya berterusan. Haiwan mempunyai cara-cara tertentu untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

Haiwan Yang Menjaga Telurnya

Sesetengah haiwan seperti burung, ayam, dan ular menjaga telurnya sehingga menetas.

Burung mengeram telurnya dan memberi makanan kepada anaknya

Ular melingkari telurnya

Sesetengah haiwan tidak menjaga telur dan anaknya. Haiwan tersebut bertelur dengan banyak dan menyembunyikan telurnya daripada musuh.

Penyu menyembunyikan telurnya di dalam pasir

Katak melitupi telurnya dengan cecair yang berlendir

Siput menyembunyikan telur di celah-celah batu

Rama-rama menyembunyikan telur di permukaan bawah daun

Belalang bertelur di dalam tanah

Lipas menghasilkan telur yang tersimpan di dalam sarung telur

Haiwan-haiwan lain pula memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara yang berlainan.

Kucing menyusukan anaknya

Kanggaru melindungi dan membawa anaknya di dalam kantung

Buaya betina membawa anaknya di dalam mulut

Kala jengking membawa anaknya di atas badan

Labah-labah membawa telurnya di dalam uncang















Tiada ulasan:

Catat Ulasan