30 Julai 2015

Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Rangsangan

Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan seperti cahaya matahari, air, graviti dan sentuhan. Hanya bahagian tumbuhan yang tertentu seperti pucuk, daun, dan akar boleh bergerak balas terhadap rangsangan.

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP AIR

Akar tumbuhan bergerak balas terhadap air. Gerak balas ini membolehkan tumbuhan menyerap air yang mencukupi daripada tanah.
Akar anak benih bergerak balas terhadap air.

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP GRAVITI

Akar tumbuhan tumbuh ke arah graviti. Gerak balas akar terhadap graviti memastikan akar sentiasa tumbuh ke dalam tanah. Pertumbuhan akar jauh ke dalam tanah membantu tumbuhan mendapatkan air di dalam tanah.
Akar tumbuhan bergerak balas terhadap graviti

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP CAHAYA MATAHARI

Pucuk tumbuhan tumbuh ke arah cahaya matahari. Pertumbuhan pucuk ke arah cahaya matahari memastikan tumbuhan mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
Pucuk bergerak balas terhadap cahaya matahari

GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP SENTUHAN

Sesetengah tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan. Contohnya, daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.
Tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan